Rukun Iman –
6 Perkara
1.
Beriman Kepada Allah
Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan
diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita
menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan
kepada selain Allah s.w.t.
2.
Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang
bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara
positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan
secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan
oleh Allah.
3.
Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kita suci kita mempercayai
adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya
masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini
diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4.
Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai
adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang
diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5.
Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik
kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan
berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga
atau neraka.
6.
Beriman Kepada Qada Dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai
bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini,
Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar